Thursday, May 5, 2011

Tahukah Anda!!!

10 ciptaan popular yang ideanya pernah tidak diterima untuk pasaran.

Percayakah anda idea mereka ini pernah ditolak mentah-mentah, dan akhirnya kini telah popular dipasaran.



Anak patung Barbie - Beberapa pembeli permainan tidak mahu menyentuh anak patung ini ketika ia mula dipasarkan pada tahun 1959 kerana mereka merasakan ia agak lucah untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ruth Handler yang merupakan pencetus idea permainan ini mengatakan, pemilik stor permainan tidak mahu membuat pesanan disebabkan ketiadaan pembeli yang menyatakan anak patung tersebut memiliki payudara.


Cecair pemadam kesalahan ( Liquid paper ) - Cecair pemadam ini juga pernah menerima nasib yang sama apabila ideanya diutarakan kepada syarikat IBM pada tahun 1956 dengan nama Mistake Out. Idea asal oleh Bette Nesmith Graham ini hanya berjaya dijual pada penghujung tahun 1957 sebanyak 100 unit sebulan dengan nama Liquid Paper.





Basikal boleh lipat
 - Alex Moulton daripada Wiltshire England telah mencipta basikal boleh lipat pada tahun 1958. Pada tahun berikutnya, dia telah menunjukkan hasil ciptaannya kepada syarikat Raleigh malangnya ia ditolak mentah-mentah kerana menganggap ia tidak akan diterima oleh pembeli. Moulton kemudian meneruskan penjualan ciptaannya secara bersendirian dan pada tahun 1965 sahaja, jualannya telah mencecah 70,000 unit. Menyedari kesilapannya, pada tahun 1967, pihak Raleigh telah membeli hakcipta basikal tersebut daripada Moulton.




Hovercraft - Christopher Cockerell pada lewat tahun 1950 telah memperhalusi ciptaan hovercraftnya dan bercadang menjual hasil ciptanya kepada industri penerbangan. Ideanya ditolak kerana ia bukanlah sejenis kapal terbang. Kemudian dia mencuba nasib kepada industri perkapalan dan menerima nasib yang sama kerana ia bukanlah bot atau kapal. Ideanya terkubur sehingga tahun 1958 apabila dia kemudian mendapat peruntukan kewangan dan sokongan daripada kerajaan. Hovercraft kini telah berevolusi menjadi sesuatu yang lebih besar dan lebih baik.




Permainan Monopoli - Menerima nasib yang sama seperti pencipta basikal boleh lipat, Clarence B. Darrow daripada Philadelphia meneruskan penjualan ciptaanya bersendirian apabila hasil ciptaannya ditolak oleh syarikat permainan Parker Brothers. Dia berjaya menjual sebanyak 5000 unit yang dicetak oleh syarikat pembuat kotak pada tahun 1935. Parker Brothers kemudian membuat perjanjian dengan Darrow untuk mendapatkan hak keatas permainan tersebut.




Mesin pengimbas/penyalin dokumen (fotostat) - Dicipta oleh George C. Beidler daripada Oklahoma pada tahun 1903. Ia menjadi produk yang terbiar dan tidak diberi perhatian sehingga tahun 1938 apabila Chester Carison cuba memperbaiki kelemahan yang ada pada mesin tersebut. Tetapi memandangkan tiada pertubuhan yang berminat membuat kajian, ia sekali lagi menjadi produk yang tidak disentuh. Hanya 57 tahun kemudian, impian Beidler menjadi kenyataan dengan terciptanya Xerox 914.




Pencukur Gillette - King Camp Gillette yang merupakan pencipta alat pencukur tersebut pernah mengalami keadaan kelembapan jualan pada awal pembabitannya. Ia mula dijual pada tahun 1903 tetapi hanya berjaya menjual 51 unit pada tahun pertama. Kerana sikap tidak berputus asanya, ia berjaya terjual sebanyak 90,000 unit pada tahun berikutnya.




Trivial pursuit (permainan dam) - Konsep permainan ini dicipta dalam masa 45 minit sahaja tetapi mengambil masa 4 tahun untuk dipasarkan. 3 orang pemuda iaitu Chris Haney- jurugambar akhbar, Scott Abbott- penulis sukan, dan John Haney- bekas pemain hoki yang merupakan pengeluar, kerugian $45,000 pada keluaran pertama permainan tersebut. Penciptanya, Michael Wurstlin merasa amat kecewa dengan keadaan itu tetapi kekecewaannya terubat apabila jualan permainannya melonjak naik pada tahun 1986.




Tupperware - Dicipta oleh Earl Silas Tupper dan dipasarkan pada tahun 1945. Pernah menjadi produk terbiar dan terlindung daripada umum dengan diletakkan pada bahagian atas rak.




Penyedut hampagas - Ia mula dicipta pada tahun 1902 oleh Hubert Cecil Booth. Pada mulanya ia tidak dijual kepada umum tetapi Hubert menyediakan perkhidmatan pembersihan menggunakan alat tersebut. Ciptaan pertama produk itu agak besar dan diletakkan diluar premis. Kerja pembersihan dilakukan menerusi saluran angin (vakum) yang panjang. Bunyi bising yang dihasilkan oleh penyedut ini menakutkan kuda-kuda (pengangkutan utama pada masa tersebut) dan menyebabkan Hubert disaman oleh pihak berkuasa.

KESIMPULANNYA= JANGAN ANGGAP CIPTAAN RINGKAS ANDA TIDAK MEMPUNYAI NILAI YG TINGGI DI PASARAN.

No comments: