![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXC_rl4ezqJDYMoj9nK_f7g9Wf3zSu7TO5V-HRVKTCY22CVm3L1dFMg3Qn2sMX3Dn9Cz01VTmGv_srUcOp8-J5jHnhGWXJDax89BIIkvcqTTPhrJcjisKkn3XTJ3vJaEapuHhnOh7IKg/s1600/bercermin.jpg)
Pemuda : “Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih…”
Ustaz : “Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?”
Pemuda : “Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati… ”
Ustaz : “Ohhh … kalau begitu kamu harus melaksanakan petua ’3B. ‘B’yang pertama adalah ‘BERUSAHA’… apakah kamu sudah banyak berusaha?”
Pemuda : “Sudah terlalu banyak Ustaz… sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis..”
Ustaz : “Kalau begitu kamu kena laksanakan ‘B’ yang kedua, iaitu ‘BERDOA’ dan juga ‘BERPUASA’.
Pemuda : “Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang… saya juga akan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis …”
Ustaz : “Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan “B” yang ketiga.”
Pemuda : “Apa itu Ustaz! ?”
Ustaz : BERCERMIN !!! hehe….
JUAL TELUR
Pembeli: “Dik, telur sebiji berapa?” Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
4 comments:
teluR Dinosour ada jual ka juga???
mau yang dari thailand atau russia??
huhu
lucu sekali
x
Post a Comment