Thursday, January 27, 2011

SENYUM DULU BAH...


WANITA IDAMANSeorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat… 
Pemuda   : “Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih…”
Ustaz         : “Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?”
Pemuda   : “Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati… ”
Ustaz         : “Ohhh … kalau begitu kamu harus melaksanakan petua ’3B. ‘B’yang pertama adalah ‘BERUSAHA’… apakah kamu sudah banyak berusaha?”
Pemuda   : “Sudah terlalu banyak Ustaz… sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis..”
Ustaz         : “Kalau begitu kamu kena laksanakan ‘B’ yang kedua, iaitu ‘BERDOA’ dan juga ‘BERPUASA’.
Pemuda   : “Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang… saya juga akan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis …”
Ustaz         : “Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan “B” yang ketiga.”
Pemuda   : “Apa itu Ustaz! ?”
Ustaz         : BERCERMIN !!! hehe….



JUAL TELUR
Pembeli: “Dik, telur sebiji berapa?” Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.