Monday, October 31, 2011

Halangan minda menyekat bakat terpendam..


   Tanda keenam ini kadangkala benar-benar membimbangkan saya. Budaya sakit hati kepada orang berjaya bukan sahaja ada dikalangan kita rakyat Malaysia, malah ada di mana-mana negara di dunia. Di negara barat contohnya, jika ada seseorang tokoh yang berjaya sama ada dalam bidang akademik, hiburan, politik atau bidang apa sahaja, pasti akan ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mencari jalan untuk menjatuhkan tokoh tersebut. Apa yang menyedihkan, dalam usaha tersebut, cerita yang tidak ada juga diada-adakan.
   Tanda keenam ini patut kita hindari. Jadi kita perlu periksa sama ada kita juga ada halangan minda ini. Caranya? Begini. Tenangkan fikiran seketika. Jangan berfikir tentang apa-apa. Kemudian, cuba ingat kembali, selalunya, jika anda mendengar kisah kejayaan tentang seseorang, apakah perkara pertama yang terlintas di dalam minda anda? Adakah anda akan terfikir tentang sesuatu yang tidak baik atau terfikir tentang sesuatu yang baik?
Sebagai contoh, anda terjumpa seorang sahabat sekolah lama. Semasa di sekolah dulu, sahabat ini sangat lemah pencapaian akademiknya dan tidak pernah mendapat apa-apa kejayaan sama ada dalam akademik, persatuan atau sukan sekolah. Malah, anda pun hampir terlupa yang sahabat ini wujud.
Namun, kini dia mempunyai satu perniagaan besar. Dia memandu kereta mewah dan memiliki rumah dan harta yang amat banyak. Ia kelihatan seperti tidak munasabah seseorang boleh mengumpul harta sebegitu banyak dalam masa yang begitu singkat. Jika ini berlaku, apakah yang akan terlintas di fikiran anda? Fikiran anda akan lebih cenderung kepada perkara negatif atau positif?
Jika fikiran anda cenderung ke arah positif, tahniah! Anda akan rasa gembira atas kejayaan sahabat anda ini dan tanpa rasa segan anda akan mahu bertanya rahsia kejayaan beliau. Hasilnya anda akan mula menanamkan cita-cita atau keinginan untuk berjaya seperti sahabat ini. Namun jika anda cenderung ke arah negatif, anda mula terfikir perkara-perkara tidak baik yang mungkin dilakukan oleh sahabat ini yang menyebabkan dia berjaya. Akibatnya, anda tidak terlintas untuk belajar sesuatu daripada sahabat ini.
Saya sendiri suka melihat tabiat beberapa orang sahabat yang saya definisikan sebagai berjaya. Saya lihat mereka suka membaca kisah-kisah kejayaan. Bukan itu sahaja, jika mereka jumpa orang berjaya yang lain, mereka akan kelihatan Baca kisah orang berjayabegitu teruja untuk bertanya tentang rahsia dan tips kejayaan. Apa yang hebatnya ialah orang-orang berjaya selalunya tidak lokek untuk berkongsi rahsia kejayaan dengan orang lain. Rahsia kejayaan ini pula mampu mengeluarkan bakat-bakat kita yang selama ini terpendam.
Jadi dengan pengetahuan mengenai tanda keenam ini, apa yang dicadangkan untuk kita lakukan ialah beberapa perkara:
  • Baca lebih banyak mengenai orang-orang berjaya.
  • Wujudkan rasa gembira dalam hati apabila melihat kejayaan orang lain.
  • Wujudkan rasa keinginan untuk mengecapi kejayaan yang sama.
  • Buka mulut untuk bertanya rahsia kejayaan seseorang dan dengar rahsia tersebut dengan hati yang terbuka.
Apa kata kita mulakan hari ini? :)
pabila hendak ke sekolah/kerja awal pagi,pasangkan niat sebelum menggunakan kaki kanan melangkah memijak tanah.insyallah akan ada kebaikan sebaliknya yg kita tak duga.

No comments: